Kemeriahan Majlis Resepsi Akim & Stacy

shares |


DENGAN dua kali lafaz, penyanyi Akim Ahmad sah bergelar suami kepada gadis pilihan hatinya, Ummu Syaikhah Stacy Anam, Jumaat lalu.

Pada sebelah malam hari yang sama, pasangan penyanyi popular itu mengadakan majlis resepsi bagi meraikan perkahwinan mereka di Hotel Shangrila, Tangjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah.

Menggayakan gaun biru gelap, Stacy kelihatan cukup anggun dan menawan manakala Akim segak menggayakan sut hitam.

Selain majlis itu, mereka turut mengadakan satu lagi majlis bertemakan Kadazan Dusun yang diadakan di kampung halaman Stacy di Penampang.

Sambil mengenakan pakaian tradisi suku kaum itu, Akim dan Stacy turut sama menari tarian Sumazau yang sinonim dengan kaum Kadazan Dusun.

Jom kita soroti gambar-gambar kemeriahan majlis resepsi pasangan sweet ini!








Related Posts