Trend Terbaru Gadis Melayu Bila Bergambar

shares |


‘Ampun tuanku, sembah patik harap diampun..’ Hahahha.. Ini ke trend bergambar gaya terbaru budak-budak 'hipster' sekarang??

Kami tengok kat laman sosial Facebook penuh gambar budak-budak sekarang dengan gaya macam itu..

Entah apa aksi yang diorang cuba tunjukkan pun tak tahu lah, budaya mana lah budak-budak ini dok mengikut dan mengagung-agungkan??

Kalau dapat dilihat terutamanya dari kalangan anak muda Melayu, senang betul diorang terpengaruh, lepas itu suka ikut trend membuta tuli je..

Dah la tak selidik dulu apa maksud trend dan gaya yang diorang ikut tu!! Buatnya ada maksud tertentu, rosak akidah dok bangga tunjuk aksi macam itu..

Kami tengok yang perempuan pun sakan dan gedik dok mengikut trend macam itu jugak, dah tak ada rasa malu nak bergambar dengan gaya macam itu depan khalayak ramai..

Itu yang buat kami heran dengan orang kita ini, mudah sangat terikut-ikut dengan budaya luar, suka mengagung-agungkan budaya luar terutama dari golongan anak-anak muda..

Hipster lah sangat ye, gaya yang ditunjukkan itu macam minta penampar ada lah.. Main bedal je dok mengikut tanpa usul periksa..

Lepas ini kalau ada trend mencakung pun diikut juga lah noh, pakat ramai-ramai beratur dan mencakung, lepas itu bergambar..

Related Posts