Tweet Pelajar Uniten Sebelum Ajal Jadi Viral

shares |


Satu kemalangan ngeri telah berlaku, melibatkan seorang pelajar dari Universiti Tenaga Nasional (Uniten) Kampus Muadzam Shah dan bapanya apabila kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan kenderaan lain di Jalan Kuantan, Segamat berhampiran dengan Ladang Dara Teh. Kedua-dua mangsa dikatakan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mangsa, Muhammad Haziq januddin, 23 dan bapanya, Januddin Sukardi, 55 dalam perjalanan menuju ke Uniten Kampus Muadzam Shah untuk menghantar Haziq pulang ke universiti tersebut.. Mereka Meninggal dunia di tempat kejadian kerana cedera parah..

Hasil siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku apabila kereta Proton Wira yang dinaiki mangsa cuba memotong kenderaan di hadapan, tetapi gagal lalu bertembung dengan kenderaan lain dari arah yang bertentangan..

Disebabkan itu, kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.. Yang lebih menyedihkan.. Sebelum terlibat dalam kemalangan, Haziq sempat berkongsi tweet-tweetnya di Twitter.. Korang boleh baca di atas itu, dia seperti tahu dia akan pergi tak lama lagi..

Takziah buat keluarga mangsa, semoga kedua-duanya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman, dan marilah sedekahkan Al-Fatihah untuk mangsa dan bapanya.

Related Posts