Ustaz Kazim Elias diserang Sakit Jantung di Kelantan

shares |


Datuk Kazim Elias terpaksa dihantar ke hospital kerana dipercayai akibat serangan sakit jantung ketika berceramah di Kg Gunong, Bachok Kelantan.

Beliau yang sepatutnya menjayakan ceramah anjuran Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) di pekarangan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sri Gunong, Bator, malam ini.

Majlis ceramah perdana itu bermula jam 9.30 malam membawa tajuk kupasan 'Jihad Agro Makanan Negara'.

Bagaimanapun, Ustaz Kazim kini stabil di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian setelah diberikan rawatan kecemasan.

Sama-samalah kita doakan agar beliau agar cepat sembuh dan diberikan kesihatan yang berpanjangan. Amin.

Related Posts