Waris Cipta Lagu Buat Arwah Pak Yus

shares |


Sebak rasanya hati ini bila terlihat sekeping gambar yang dimuatnaik oleh penyanyi Waris.. Tengah dok scroll laman Instagram, Kami tertarik dengan satu gambar dimuatnaik oleh penyanyi itu.. Dari gambar itu terpapar nama Allahyarham pelawak Pak Yus.

Kalau dikira, sudah hampir tiga bulan arwah Pak Yus meninggal dunia.. Ramai peminat dan rakan-rakan arwah Pak Yus masih merasai kehilangan seorang pelawak yang sangat disegani.

Pemergian arwah Pak Yus memang meninggalkan seribu satu kenangan buat sesiapa saja yang mengenalinya..

Menerusi gambar itu, Waris seperti telah menulis sebuah lagu dituju khas buat arwah.. Lagu itu ditulis dan dicetak pada baju sweater.. Mungkin baju itu dipakai oleh Waris, ada juga peminat yang berminat untuk membeli baju itu.

Siapa saja yang baca lirik lagu itu pastinya akan merasa sedih.. Terus terlintas dalam kepala aksi lawak Pak Yus yang sering membuatkan kita tak kering gusi melihat teletahnya..

Setiap lawak Pak Yus memang tidak menyentuh atau mempersendakan individu lain.. Semuanya hanya lawak spontan.

Apapun, orang yang telah lama pergi tak perlulah nak dikenang lagi.. Bukan kami tak suka, tapi kita yang masih hidup tak perlu nak meratapi sangat pemergian arwah.. Dari buat lagu macam itu lebih baik korang semua sedekahkan al-fatihah dan mendoakan rohnya dicucuri rahmat.

Related Posts