10 Tips Melupakan Bekas Kekasih!

shares |


Aku tahu bukan senang nak melupakan bekas kekasih. Tapi kalau bekas kekasih tu dah nak kahwin or dah berkahwin, kena la lupakan juga.

Bahaya kacau rumah tangga orang. Jangan sekali kali kacau rumah tangga orang. Kalau ada suami orang nak ngorat pun , jangan! Sebab dia orang ni memang mulut manis.

10 Tips Melupakan Bekas Kekasih

1. Buang Gambar
Buang semua gambar dan conversation yang kau orang pernah simpan. jangan cheat.. buang semua..

2. Delete friend dunia maya
Tak kira la facebook ke, instagram ke, twitter ke, email ke. Delete semua. Jangan gatal pergi buat akaun lain nak stalk.

3. Jangan stalk
Jangan sesekali stalk bekas kekasih korang. Lagi korang stalk lagi sakit hati. So belajar hidup sendiri dan bahagiakan diri sendiri. Be happy!

4. Delete no telepon
Ini paling susah sebab ada kala no telefon bekas kekasih memang ada dalam ingatan Kalau kau masih ingat no dia, kau cakap kat dia tukar no baru. haha.. Boleh pulak.

Kalau tak boleh jugak, berusaha la untuk lupakan nombor telefon dia walau macam mana sekali pun. Tapi biasa akan lupa sebab ditelan masa. Sedar sedar dah tak ingat dah. Tapi memang makan masa setahun dua. Melainkan kau orang memang jenis pelupa.

Untung kalau tak ingat nombor bekas kekasih ni. Sekali delete je, terus tak boleh nak contact dah. Ye la. Takkan nak minta lagi sekali kan.

5. Buat dia benci
Sampai satu tahap, kau tak boleh nak melupakan. So kau tetap kacau dia, mesej dia. Setengah bekas kekasih ni dia tak rimas. So dia biar je kau kacau dia. Tapi sesetengah ni jenis yang rimas. Lama-lama dia block kau! haha.. Padan muka! Tapi itu bagus sebenarnya. So bila dia benci kau, dia block kau. So tak boleh dah nak kacau dia. Bagus untuk kau, senang nak melupakan.

6. Rebound
Salah satu cara untuk melupakan bekas kekasih adalah buat rebound. Iaitu cari pasangan lain untuk melupakan. Tapi orang kata ni jahat. Kau mainkan perasaan org lain.

Tapi ada setengah orang dia terbabas terjatuh hati. Bagi aku rebound ni best! haha.. balas dendam. Jahat tak jahat. Janji puas! erk..

7. Cari Pengganti. Mak cari calon
Yes, cari pengganti gerenti boleh melupakan bekas kekasih. Tapi kau kena pastikan ini bukan rebound. Kalau rebound nanti kau yang sakit. Nak cari pengganti, tapi tak ada calon. Better suh mak kau yang carikan. Nanti kalau kau yang carikan lain pula jadi. Mana tau boleh dapat pengganti yang lebih baik. Eh.

8. Sibukkan diri, Pergi bercuti
Ini cara common yang biasa orang buat. Sibukkan diri dengan kerja, sampai tak berfikir langsung pasal bekas kekasih kau. Then pergi bercuti bersama kawan-kawan. Gerentu bahagia. Lupa terus.

9. Doa Mohon Mudah Melupakan
Balik pada fitrah manusia. Bila susah cari Tuhan. Sepatutnya ini tips pertama. Tapi aku saja letak last-last. Macam mana sekalipun, jangan berhenti berdoa minta pertolongan dari Allah supaya mudah melupakan, dan dijauhi buat perkara-perkara jahat seperti balas dendam. Selain tu, mohon didekatkan Jodoh dengan orang yang baik.

10. Ulang sehingga melupakan
Kalau tak dapat melupakan bekas kekasih, sila cuba lagi. Selamat maju jaya. Haha Dah 10 tips melupakan bekas kekasih aku kongsikan dengan kau orang. Bukan apa. Kan aku dah cakap, ini pengalaman aku.

Selepas 3 tahun kot, baru berjaya. Ye la, hubungan hampir 4 tahun, 3 tahun baru berjaya melupakan. Korang? Agak agak berapa lama baru berjaya melupakan?

Related Posts