Ibu Sangka Bayinya Yang Menyusu Rupanya "Benda" Lain

shares |


Assalamualaikum.. di sini saya mahu kongsikan kisah saya sebagai iktibar untuk mommy² semua. Apa pun, sebagai umat Islam kita sememangnya percaya Allah. S.w.t penyembuh segala penyakit.

Sejak selasa lepas baby saya kuat menyusu. Baby saya 2 bulan nak masuk 3 bulan and fully BF(breastfeeding). Dia tido tak pernah lena. Asyik menyusu je. Tido tak smpai 10 mnit dah menangis nak susu. Sampaikan puting sya luka..

Dan saya demam kuat satu badan sakit2. 4 hari saya terlantar.. Sampaikan saya terpaksa bagi susu formula pada baby saya sebab dia sentiasa lapar. Semalam bapa martua saya suruh saya bawa baby saya pada adik sepupunya yang pandai mengubat perubatan islam.

Tadi saya pergi... pakcik saya (adik sepupu bapa mertua) bogelkan baby saya & baca beberapa surah.. bila dia pusingkn belakang badan baby saya.. airmata dia menitik. Terus dia marah tanya ada bawa baby kemana..?

Katanya ada ‘sesuatu’ yang menumpang pada belakang baby saya. ‘Sesuatu’ itu tak diberi makan oleh ‘ibubapa’ nya & yang meyusu selama ni adalah ‘sesuatu’ tu.. Pakcik saya hanya pegang je belakang baby saya tapi merah abis satu badannye.

Lepas selesai baca beberapa surah tu. dia suruh saya menyusukan baby saya kerana baby saya terlalu lapar katanya..

Lepas je menyusu sepuas²nya.. Alhmdulillah baby saya tido lena & tak menangis or lapar lagi macam selalu.. jadi saya ingin berkongsi pesanan pakcik saya kepada mommy semua.

Setiap kali kita atau suami kita terutamanya balik dari sungai.. hutan.. laut.. atau balik tengah² malam.. sebelom masuk rumah.. ludah kat luar 3 kali.. dan kata.. cukup smpai sini kamu ikut aku. Kemudian bacalah SubhanaAllah walhamdulillah walaillahhaillawah Allahuakbar.

In Shaa Allah semuanya akan berada dalam keadaan baik-baik. Saya cuma berkongsi kisah saya.. Allahualam.. apapun hanya Allah s.w.t yang berkuasa.

Related Posts