Korea Selatan Antara Negara Dengan Capaian Internet Terpantas Didunia

shares |


KOREA Selatan diumumkan sebagai negara yang mempunyai capaian Internet terpantas di seluruh dunia menurut laporan yang dikeluarkan oleh Akamai State of the Internet, baru-baru ini.

Kecepatan Internet di Korea mencapai 22.2 Mbps, meningkat sebanyak 1.6 peratus dari tahun sebelumnya.

Sementara itu, kepantasan capaian Internet di Hong Kong meningkat daripada penggal sebelumnya sebanyak 3.6 peratus dengan kadar kecepatan sebanyak 16.8 peratus dicatatkan oleh negara itu.

Jepun pula menduduki tangga ketiga negara yang mempunyai kepantasan Internet paling laju dengan kenaikan capaian sebanyak satu peratus.


Antara negara-negara lain yang termasuk dalam senarai 10 terpantas itu adalah Sweden, Switzerland, Belanda, Latvia, Ireland, Republik Czech dan Finland.

P/S: Asal takde pun negara kita? hurmm.. negara kita makan asap je la.. hahahaha agak² korang kalau dah coverage 22Mbps tu berapa ratus agak2 kalau kat negara kita? 4Mbps pun dah cecah RM140 dik oiii..

Related Posts