Misha Omar Kini Hamil Cahaya Mata Sulung

shares |


TAHNIAH diucapkan buat penyanyi Misha Omar yang kini sedang hamil cahaya mata sulung.

Penyanyi itu walau bagaimanapun merahsiakan usia kandungannya itu kepada pihak media dan peminat.

Bersyukur dengan kurniaan Ilahi, Misha mengakui dia tidak berhadapan dengan sebarang alahan teruk setakat ini.

“Saya tahu ramai yang mendoakan saya segera menimang cahaya mata namun saya tidak pernah memberikan tekanan kepada diri. Saya dan suami hanya berusaha, selebihnya kami serahkan kepada Allah.

“Sebagai wanita, disahkan hamil adalah antara detik yang paling dinanti kerana ia menjadi permulaan yang melengkapkan lagi hidup ini. Saya terharu kerana permulaan tahun 2016 membawa pelbagai kenangan manis dalam hidup,” katanya.

Misha yang terkenal dengan lagu ‘Pulangkan’, diijabkabul dengan juruterbang, Firos Ezzwan Rosly pada 2 Mei 2014.

Sebelum berumah tangga, Misha mempunyai dua anak angkat iaitu Muhammad Adam Emir, 10, dan Humaira Lateefa, 4.

Tahniah buat Misha dan suami!

Related Posts