Mira Filzah Tak Peduli Diejek Memakai Baju Bercorak Kain Langsir

shares |


PELAKON jelita, Mira Filzah telah diejek dan dijadikan bahan gurau di laman sosial apabila pakaian yang digayakannya dalam sesi penggambaran untuk majalah dikatakan sama coraknya dengan kain langsir.

Walau bagaimanapun, Mira Filzah menyifatkan perkara tersebut sebagai satu bahan jenaka dan lucu serta dia tidak berasa apa-apa dengan ejekan dan usikan yang dilemparkan kepadanya.

“Baju itu saya pakai untuk menjayakan sesi fotografi bagi sebuah majalah dan baju itu disediakan sendiri oleh pihak wartawa media berkenaan”


“Sebenarnya kalau diamati, baju itu sangat cantik, tak sangka pula ada corak yang sama dengan kain langsir”

“Lucu pula bila ada yang membandingkan baju itu dengan langsir tetapi saya tidaklah berasa malu atau kecil hati dengan pertandingan tersebut. Cuma selepas ini saya akan lebih berhati-hati dengan menggayakan setiap baju”.

Related Posts