TAHNIAH! Leez Rosli & Dan Pasangannya Aepul Selamat Menimang Cahaya Mata

shares |


TAHNIAH diucapkan buat pelakon, Leez Rosli dan Aepul Drama Band yang telah selamat menimang cahaya mata sulung, petang semalam.

Pasangan itu sepakat menamakan bayi mereka Nur Saffiya Alisha.

Bayi seberat 3.5 kilogram itu dilahirkan secara pembedahan pada pukul 5.26 petang Isnin di Hospital Islam Az-Zahrah, Bangi, Selangor.

Aepul atau nama sebenarnya, Noorsyaiful Md. Zalaludin turut menemani isterinya semasa proses bersalin dan melahirkan perasaan sebaknya saat dirinya menyambut Nur Saffiya Alisha.



Memetik mStar, Aepul berkata: “Saya menemani Leez bersama semasa bersalin tadi. Bila pertama kali dengar suara anak sendiri, bergenang air mata kami jadinya.”

“Betullah orang cakap perasaan itu (jadi bapa) tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Saya terharu bercampur gembira sampaikan menangis,” katanya.

Pasangan selebriti itu berkahwin pada 27 Disember 2014 di Taman Melati, Kuala Lumpur.

Related Posts