Takziah, Pelakon Komedi Tersohor Negara Mr Os Disahkan Meninggal Dunia

shares |


DUNIA hiburan sekali lagi menerima berita sedih apabila pelakon komedi popular, Mr. Os atau nama sebenarnya Mohd Yusof Abdul Hamid, 65, telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 2.15 petang tadi.

Allahyarham dilaporkan meninggal dunia akibat kanser paru-paru di Hospital Selayang, Selangor.

Berita itu disahkan oleh salah seorang anaknya, Haryatie Mohd Yusof menerusi laman Facebook.

“Allah..Allah..Allah.. Perginya seorang seniman Mohd Yusof bin Abdul Hamid @ Mr.Os buat selama-lamanya.

“Kau ampunkan segala dosa-dosanya, kau tempatkan Abah dikalangan orang-orang yg beriman,” tulisnya menerusi akaun Facebook.


Difahamkan, Mr. Os mengembuskan nafas terakhir dalam keadaan berwudhuk selepas solat Jumaat, sebentar tadi.

Pada Mac tahun lalu, Allahyarham pernah menjalani pembedahan akibat pendarahan pada tonsil.

Filem yang pernah dibintangi Allahyarham antaranya adalah filem Adik, Mr. Os dan Balik Kampung.


Mr. Os dan rakan seperjuangannya, Abon pernah membentuk kumpulan Osbon dan menjuarai pertandingan Maharaja Lawak Mega pada tahun 2011.

Related Posts