Aaron Aziz Bawa Keluarga Tunai Umrah November Ini

shares |


Aktor Aaron Aziz, 40, teruja apabila bakal mengerjakan umrah bersama isteri dan tiga anaknya, pada November depan bulan.

Memetik laporan Harian Metro, Aaron berkata, inilah kali pertama tiga anaknya iaitu Danish Anaqi, 11; Dwi Ariana, 9; dan Dahlia Arissa, 5, akan ke Makkah melakukan ibadah itu.

"Jika mengikut perancangan, saya ingin membawa mereka menunaikan umrah sebagai persiapan sebelum menunaikan Haji bersama selepas ini.

"Doakan semoga perjalanan kami ke Tanah Suci nanti berjalan lancar," katanya.

Dalam pada itu, pelakon utama drama Tuan Anas Mikael ini menafikan dia semakin ‘sepi’ dari industri hiburan tempatan.

Menurut Aaron, dia tidak pernah menghilang sebaliknya terbabit dengan penggambaran drama di Singapura selama tiga bulan.

Related Posts