Faye Kusairi Akui Tertekan, Anggap Diri Mangsa Keadaan

shares |


Pelakon Faye Kusairi, 29, menganggap dirinya sebagai mangsa keadaan dalam kontroversi berkaitan keretakan rumah tangga pengarah Azmi Hatta dengan aktres Elly Mazlein.

Memetik laporan mStar online, Faye atau nama sebenarnya Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi mengakui berasa tertekan dan sering menangis apabila dikecam hebat oleh pengikut laman sosial.

"Saya faham situasi saya sebagai selebriti tetapi sebagai manusia biasa saya juga ada berasa sedih dan menangis apabila pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap saya.

"Saya mangsa keadaan dalam hal ini tetapi Alhamdulillah dugaan yang Allah berikan ini sebenarnya terdapat pelbagai hikmah.

"Syukur saya masih dapat teruskan kerja seperti biasa, rezeki dalam lakonan pun tidak putus," tuturnya.

Dalam pada itu, Faye menjelaskan tindakannya yang didakwa menyelar pihak media dengan panggilan bodoh di Twitter miliknya pada Selasa lalu, pelakon drama Istikharah Cinta ini berkata, dia tidak menujukan perkataan itu kepada pihak wartawan.

Enggan perkara tersebut berpanjangan, Faye memohon maaf sekiranya tindakan tersebut menyinggung perasaan pihak wartawan.

Sementara mengenai hubungannya dengan Azmi Hatta, Faye berkata dia tidak akan berkahwin dengan teman lelakinya itu semata-mata untuk menutup semua kontroversi yang sedang melanda mereka ketika ini.

Bagaimanapun akuinya, kekecohan tersebut merapatkan lagi hubungan dan mereka hanya akan berkahwin apabila tiba masa sesuai.

Related Posts