Kim Kardashian Rancang Diri Dirompak Kerana Mahu Tuntut Pampasan Insurans

shares |


Korang masih ingat lagi dengan kejadian rompakan bersenjata yang menimpa selebriti Hollywood popular, Kim Kardashian, baru-baru ni di Paris??

Kerugian yang dialaminya mencecah puluhan juta.. Perompak dikatakan berjaya melarikan cincin bernilai AS$4.5 juta (RM18 juta) dan sekotak barang kemas bernilai AS$5.6 juta (RM23 juta)..

Ketika kejadian, Kim diikat dan dikurung didalam bilik air.. Nasib baik dia tak mengalami sebarang kecederaan, cuma mengalami trauma je atas kejadian yang menimpa dirinya.. Tetapi ada jugak yang mendakwa ketika kejadian, Kim kena rogol tapi dinafikannya..

Terbaru, Kim dikatakan memfailkan saman terhadap laman web Mediatakeout.com kerana memfitnah selebriti seksi itu memalsukan insiden rompakan barangan kemas, untuk mendapatkan pampasan insuran bernilai jutaan dolar.. Macam tu pulak!

Nampaknya kes ini akan berpanjangan pulak yer, ingatkan kes ni tertumpu kepada perompak-perompak yang merompak Kim jer.. Rupanya Kim dituduh menjadi dalang disebalik rompakan yang menimpa dirinya itu!!

Tuduhan yang dibuat kononnya Kim memalsukan rompakan, menipu serangan ganas dan kemudiannya memfailkan tuntutan palsu terhadap syarikat insurans bagi memperolehi semula pampasan bernilai jutaan dolar..

Haishh.. Tak akan lah dah kaya raya, masih mengharapkan pampasan insurans lagi.. Macam-macam hal!!

Sumber : Utaranews

Related Posts