Lihat Bagaimana Budak Lepasan Diploma Ini Boleh Memperdayakan Seluruh Rakyat Malaysia

shares |

lihat-bagaimana-budak-lepasan-diploma-ini-boleh-memperdayakan-seluruh-rakyat-malaysia-kamithemedia

Isu seorang ‘pakar’ motivasi popular yang menipu orang ramai dengan kelayakan PhD palsunya jadi viral di laman-laman media sosial sejak minggu lepas lagi.

Sebelum ini, dikatakan, ‘pakar’ ini seorang yang sangat tinggi ilmu akademiknya sehinggakan beliau memiliki tiga PhD daripada universiti tempatan, satu PhD daripada ‘universiti’ di luar negara dan baru-baru ini, beliau dikatakan sedang di dalam proses untuk menamatkan pengajian PhD keempat beliau daripada sebuah universiti di United Kingdom.

Namun, penipuan kelayakan akademik pada era digital kini bukanlah semudah untuk dilakukan pada zaman-zaman sebelum ini di sekitar penghujung tahun 1990an dan awal tahun 2000, di mana sumber maklumat pada masa itu adalah lebih terhad berbanding sekarang.

Tidak dapat dinafikan, individu yang lebih dikenali sebagai ‘Doktor’ ini merupakan salah seorang selebriti yang bukan artis tanah air yang cukup popular di kalangan orang-orang Melayu.

Setelah pembongkaran yang dilakukan baru-baru ini, nyatalah ‘doktor’ ini hanyalah seorang budak lepasan diploma daripada sebuah universiti tempatan pada tahun 1996 lagi.

Secara common sense nya, ramai yang mengetahui peluang pekerjaan dan gaji seorang pemegang sijil diploma itu sekiranya dia memilih untuk ‘makan gaji’ berbanding dengan bekerja sendiri.

Namun, mari kita lihat, bagaimanakah seorang ‘doktor’ ini yang hanya merupakan seorang pemengang diploma sahaja mampu untuk menaiki anak-anak tangga sebelum beliau berada di tebing yang tinggi sekarang:

1. Tidak kenal erti putus asa

Dikhabarkan, sebelum beliau berada di tempat beliau berada sekarang, beliau telah mengalami beberapa siri kegagalan sebelum berjumpa dengan cahaya kehidupan.

2. Usaha, usaha dan usaha dengan lebih keras

Tidak dapat dinafikan, beliau dikenali sebagai seorang yang berusaha keras untuk mencapai apa yang diperolehi beliau sekarang.

3. Daya kreativiti yang tinggi Hidup ini penuh dengan persaingan, samada di dalam keluarga mahupun di tempat kerja, maka, daya kreativiti individu itu dapat membantu dirinya untuk menjadi lebih menonjol berbanding dengan yang lain.

4. Keyakinan diri

Meskipun bukanlah seorang yang kacak, berkulit cerah dan mengetahui tentang kelayakan akademik sebenar beliau itu hanya melayakkan beliau untuk menjadi seorang teller di bank, namun berbekalkan keyakinan diri yang tinggi, beliau telah berjaya membina empayar penyokong-penyokong setia yang sentiasa menyokongnya sejak dari dahulu lagi.

5. Imej warak

Di antara ramuan untuk menjadi seorang selebriti internet yang berjaya di Malaysia ini, anda kadang-kalanya perlu kelihatan warak untuk menujukkan bahawa anda mempunyai niat dan hati yang murni untuk membantu saudara-saudara seagama anda.

6. Beri harapan

Sudah menjadi sifat azali manusia untuk berharap dan diberi harapan, anda perlu bijak untuk mengambil peluang dengan memberikan harapan-harapan kepada orang-orang sekeliling anda meskipun anda tahu bahawa kadang-kalanya harapan-harapan tersebut hanyalah palsu semata-mata.

7. Percuma, percuma dan tidak percuma
Di antara teknik-teknik pemasaran yang ‘doktor’ ini lakukan adalah memberikan ‘nasihat-nasihat motivasi’ secara percuma secara berperingkat sebelum menjerat mangsa dengan bayaran yuran yang tinggi untuk kursus-kursus intensifnya yang yurannya mahal mengalahkan sekeping diploma.

8. Sijil akademik palsu

Bukan orang Melayu sahaja, malah bangsa-bangsa lain juga lebih yakin dengan individu-individu yang mempunyai gelaran seperti Dr. ataupun Dato untuk berurusan dengan mereka.

Berikutlah lapan perkara yang kami rasakan sebab-sebab mengapa ramai orang-orang Melayu mudah terpedaya dengan scammer-scammer di luar sana.

Related Posts