Wanita Ketagih Pembedahan Plastik Bernasib Malang

shares |


Seorang wanita yang ketagih kepada pembedahan plastik hingga sanggup melakukan 20 prosedur kecantikan akhirnya terpaksa menerima hakikat ketagihan berkenaan telah memusnahkan hubungan cintanya.

Pixee Fox, 26, merupakan seorang model yang berasal dari Sweden namun kini menetap di North Carolina.

Dia telah menjalani banyak pembedahan plastik termasuk membuang enam tulang rusuk semata-mata untuk mendapatkan pinggang ala kerengga.

Pixee juga kini sendirian namun dia menerima keadaan itu.


“Saya melihat badan saya sebagai satu hasil seni. Saya tidak mempunyai masa untuk mempunyai teman lelaki dan saya perlukan seseorang yang menyokong saya sepenuhnya,’’ katanya yang kini sudah putus asa untuk bercinta.

Pixee sememangnya obses dengan watak kartun Jessica Rabbit dan Aurora dariSleeping Beauty.

Disebabkan ketaksuban yang melampau itu, dia telah menjalani pembedahan membesarkan payu dara, menyuntik bibir dan menanam implan di dalam mata.

Ukuran badan Pixee kini 38-16-39 berbanding 30-24-34.

Sumber : Mynewshub

Related Posts