Bentuk Angka-Angka Melayu Purba Yang Pernah Digunakan Dulu

shares |


Biasa orang bincang tentang asal-usul Melayu. Kali ini nak ketengahkan tentang angka-angka Melayu purba iaitu angka-angka yang pernah digunakan oleh Alam Melayu (bukan di Malaysia ini sahaja) sebelum kedatangan Islam.

Dalam kajian “Angka Melayu Sebelum Kedatangan Islam” oleh Shaharir Mohamad Zin, penyelidik menggunakan prasasti (batu bersurat dan piagam) di Alam Melayu sebelum kedatangan Islam atau zaman peralihan Islam-praIslam.

Orang Melayu sekurang-kurangnya sejak kurun ke-5 Masihi sudah tahu membilang hingga puluhan ribuan nombor. Contoh, dalam prasasti Bukit Kedukan, Sumatera (prasasti berbahasa Melayu Purba yang tertua) ada kisah raja berangkat dengan dua laksa bala tentera di mana 1 laksa itu merujuk pada nilai angka 10 ribu.

PETIKAN DARI EMIS.DE/JOURNALS

Penyelidik dapati angka Melayu pra-Islam direka daripada sistem yang berasaskan sepuluh dan ada angka sifar dan berkedudukan seperti angka sekarang (angka Muslim) dan angka Hindu Purba.

PETIKAN DARI EMIS.DE/JOURNALS

Angka tulisan rencong pula ialah angka Melayu tua yang banyak digunakan di Sumatera Selatan dan Minangkabau hingga abad ke-18. Kajian menyatakan ia ada kaitan dengan huruf orang-orang Kemboja zaman purba.

PETIKAN DARI EMIS.DE/JOURNALS

Related Posts