Drama Suri Hati Mr. Pilot Adalah Carian Google Paling Popular Untuk Tahun 2016

shares |


Disebabkan keromantisan pasangan yang kononnya sedang bercinta itu lakonan hot Fattah Amin dan Neelofa dalam drama bersiri yang tidak habis-habis trending iaitu Suri Hati Mr. Pilot, ia kini menjadi carian yang paling popular sepanjang tahun ini di enjin carian Google.

Ia diikuti dengan drama bersiri yang dibintangi oleh Alif Satar dan Siti Nordiana iaitu Dia Semanis Honey yang telah popular sejak ia ditayangkan pada Mei lalu.

Tambahan pula,  antara 10 drama Melayu paling popular lain yang turut tersenarai dalam Google Malaysia pada tahun ini adalah Isteri Vs Tunang, Awak Sangat Nakal dan Suami Tanpa Cinta.


Mengulas mengenai penangan Suri Hati Mr. Pilot yang dibintangi Fattah Amin dan Neelofa itu sehingga kini ia masih menjadi bualan apabila ramai yang suka melihat aksi romantis hero dan heroinya dikatakan bercinta di luar lokasi.

Pasangan ini juga menjadi popular dan kegemaran ramai sehingga mereka sanggup melangsungkan sebuah acara beramah mesra bersama peminat hingga ke Brunei dan Singapura.

Drama terbitan Cube Film Sdn Bhd dan diarahkan oleh Michael Ang itu turut dibintangi pelakon lain seperti  Eleena Sui, Alvin Chong, Mas Khan, Aleza Shadan, Nina Juren.

Related Posts