Gary Muat Naik Foto Kenangan Bersama Ji Hyo, Jong Kook

shares |


Samalam, tindakan bekas ahli Running Man, Kang Gary memadam kesemua foto di laman Instagramnya menjadi tanda tanya peminat.

Ada yang mendakwa tindakan Gary itu berkait rapat dengan penyingkiran dua lagi ahli Running Man, Song Ji Hyo dan Kim Kong Kook.


Hari ini, laman Instagram @kang_gary8888 dihujani dengan komen peminat apabila Gary memuat naik gambar kenangan bersama Ji Hyo dan Jong Kook.


Rata-rata peminat sedih dan terkilan apabila kehilangan 2 lagi ahli Running Man tersebut.

Ada juga yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan pihak produksi Running Man kerana menyingkirkan mereka tanpa notis terlebih dahulu.

Apa-apa pun, ramai yang beranggapan Running Man musim kedua pasti tidak meriah tanpa mereka bertiga.

Related Posts