Hubungan Fattah Amin Dan Neelofa Retak Kerana Orang Ketiga?

shares |

Sedang peminat dibuai mimpi indah membayangkan kemesraan Fattah Amin dan Neelofa yang cukup serasi serta sesuai bercinta bersama, timbul khabar angin yang mengatakan hubungan #lofattah tidak lagi seperti dulu.


Difahamkan, hubungan Fattah dan Neelofa retak apabila ada dakwaan mengatakan Fattah sedang bercinta dengan seorang pelakon berdarah kacukan.

Neelofa menerusi mStar Online mengakui kecewa dengan apa yang terjadi tetapi enggan mengulas lebih lanjut.

Tidak adil kalau saya ulas perkara ini tanpa Fattah atau orang ketiga itu di sini dan tidak mahu ia akan jadi salah faham dan memburukkan lagi keadaan.

Saya baru tahu cerita ini cuma saya kesal cara saya mengetahui berita dakwaan ini dengan cara yang tidak elok.


Menurut Neelofa, hubungan beliau dan Fattah agak sukar untuk dijelaskan.

Kami mulai rapat sejak berlakon bersama dan selesa berkawan dengan dia sepanjang kami berlakon bersama.

Peminat pula suka dan mahukan saya dan Fattah betul-betul mempunyai hubungan istimewa. Ia bukan sesuatu yang mudah kerana saya perlu memikirkan banyak pihak jika ingin memberi kenyataan tentang hubungan kami. Bagaimanapun apa yang saya boleh katakan hubungan kami sekarang ialah complicated.


Walaubagaimanapun, Neelofa memberitahu beliau tidak mempunyai sebarang masalah jika diberikan peluang untuk bergandingan dengan Fattah dalam mana-mana drama selepas ini.

Alahai, nampaknya hubungan #lofattah dah berakhir. Mesra tidak semestinya ada jodoh untuk bercinta.

Related Posts