Istana Baru Beckham Dianggar Bernilai RM891 Juta

shares |


Selebriti yang menetap di Hollywood adalah antara tokoh masyarakat yang sering melaburkan wang untuk membeli rumah-rumah besar.

Baru-baru ini, pasangan bintang bola sepak sensasi David dan Victoria Beckham dikhabarkan sedang merancang untuk memiliki sebuah rumah agam yang dilengkapi 14 kamar beradu serta 27 buah bilik mandi bernilai RM891 juta.

David dan isterinya, Victoria Beckham. Sumber: Getty

Apa yang menarik, rumah berkenaan adalah rumah yang terbesar di sekitar daerah Los Angeles di mana ia terletak pada kawasan yang berkeluasan 4.6 ekar.

Ia menjadi hartanah yang paling dikehendaki pasangan itu selepas mereka menawar untuk menjual rumah mereka di Bel Air yang bernilai RM133 juta.

Ruang legar pintu masuk ke rumah berkenaan. Sumber: Christiesrealestate.com

Rumah yang bakal dibeli itu dikatakan akan membantu tugas Victoria selaku pereka fesyen selain mempunyai tempat untuk anak mereka, Brooklyn dan rakannya di samping sebuah studio tari untuk Harper, satu-satunya anak perempuan keluarga itu yang kini berusia lima tahun.

Fasiliti lain yang turut dimiliki aset itu juga adalah termasuk gelanggang tenis, kolam renang, gelanggang boling, empat garaj bagi menempatkan dua buah kereta dan ruang besar yang boleh menempatkan sehingga 100 buah kereta.

Kolam renang yang dikelilingi suasana redup mendamaikan. Sumber: Christiesrealestate.com

Untuk pengetahuan anda, rumah tersebut pernah tersenarai sebagai aset paling mahal di Amerika Syarikat pada tahun 2009, ditawar pada harga RM668 Juta.

Related Posts