Tania Hudson Punca Hubungan Fattah Amin Dan Neelofa Retak? Jom Baca!

shares |

Kenapa tiba-tiba Tania Hudson muncul dalam kisah gosip percintaan Neelofa dan Fattah Amin? Betul ke dakwaan yang Tania punca perpisahan #Lofattah? Bukan ke Neelofa dan Fattah menafikan cerita cinta mereka?


Kamithemedia senaraikan tujuh perkara mengenai Tania Hudson yang kamu perlu tahu. Apa-apa pun Tania telah beri kenyataan yang dia dan Fattah hanya sekadar rakan selebriti. Nama Tania Hudson juga menerima carian yang tinggi di Google Malaysia untuk minggu ini. Hebat!

1. Nama penuh Tania ialah Tania Nadira Mohd. Redzuwan Hudson. Berdarah kacukan Melayu-Australia, Tania ialah adik kepada pelakon popular yang kini telah berniqab, Natasha Hudson. Tania dan Natasha sangat rapat apatah lagi mereka hanya dua beradik. So don’t mess around with her or else Natasha will slap you. Kidding!

2. Tania lahir pada 7 Oktober 1985 dan berusia 31 tahun. Tania sebenarnya telah lama berada dalam industri lakonan cuma kurang menyerlah dan jarang muncul dalam drama ataupun filem.

3.  Tania juga aktif dalam iklan komersial dan mula aktif ketika umur 18 tahun. Antara iklan komersial yang Tania pernah bintangi ialah Kamera Ixus, F&N, Hotlink, Seawhite Skincare.


4. Antara drama yang pernah Tania bintangi ialah Mayang Mengurai dan Tiramisu di TV3, Nadira, Antara Denai dan  Lagu Kita.

5. Tania pernah senyap selama dua tahun daripada industri hiburan selepas menghidap pendarahan otak kira-kira enam tahun lalu. “Penyakit ini bukan saja boleh menyerang otak, malah saya dapat tahu, ia turut menyerang bahagian badan lain seperti jantung. Atas saranan doktor, saya tak boleh melakukan sebarang kerja yang boleh memberi tekanan. Oleh kerana penyakit yang saya alami, banyak benda yang saya lakukan hanya separuh jalan”. Sumber daripada Berita Harian.


6. Tania pernah diekori oleh peminat fanatik sehinggakan mengekorinya ke mana sahaja pada tahun 2011. Lelaki yang terlalu gilakan Tania itu turut tahu dimana kediamannya dan sering meluahkan kata-kata pelik kepadanya. Siapa yang tidak terpikat dengan wanita secantik Tania, betul tak?

7. Filem terbaru Tania akan muncul tidak alam lagi berjudul KL Special Force, membawakan watak sebagai tunang kepada pelakon utama iaitu Fattah Amin. Jadi kamu sudah boleh teka bagaimana gosip yang mendakwa Tania dan Fattah sedang bercinta kan? Tania bagaimanapun tetap tenang dengan dakwaan tidak betul itu.

Related Posts