Wanita 53 Tahun Tulis 'Babi' Pada Kertas Saman Ditahan

shares |


Dilaporkan, seorang wanita berusia 53 tahun ditahan selepas dia menulis perkataan ‘babi’ pada kertas saman yang dikeluarkan terhadapnya.

Ketua Polis Daerah Johor Baru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh, berkata insiden berlaku kira-kira pukul 8.50 malam Selasa di Jalan Tun Abdul Razak di sini.

Wanita yang tidak bekerja itu disaman atas kesalahan menghalang lalu lintas selain mengabaikan isyarat lalu lintas dan kereta jenis Mercedes Benz miliknya diletakkan di garisan berkembar.

“Semasa kejadian, anggota polis trafik mengeluarkan saman untuk ditandatanganinya tetapi suspek menulis perkataan ‘babi’ di ruang tandatangan saman berkenaan dipercayai cuba menconteng dengan niat memperlekehkan dan menghina anggota polis terbabit.

“Anggota polis itu menegur perbuatan suspek tetapi suspek menengking anggota polis dengan nada tinggi dan menyatakan nama suspek adalah ‘babi’,” kata Sulaiman.

Jelas beliau, anggota trafik dengan bantuan unit peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Johor Bahru Selatan kemudian berjaya menahan suspek berkenaan.

Sulaiman berkata, kertas siasatan sudah dilengkapkan dan mendapat arahan tuduh oleh Timbalan Pendakwa Raya pada Khamis di Mahkamah Seksyen di sini, mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Related Posts