Aduh… Tak Serik, ‘IPOH’ Kena Panjat Lagi

shares |


KERANA ingin meraih populariti segera, seorang lagi remaja dikesan memanjat papan tanda gergasi ‘IPOH’ namun kali ini di papan tanda di tepi Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dekat Simpang Pulai, di sini.

Menggunakan nama “kerabupauh” di Instagram, pemuda berkenaan memuat naik dua keping gambar yang memaparkan aksinya berdiri di atas huruf “p” pada mercu tanda itu sambil memegang telefon bimbitnya.

Manakala gambar yang lain pula adalah aksi dirinya mengambil gambar swafoto menggunakan selfie stick.

“IPOH geli-geli…boleh laaaa,” tulis pemuda itu pada kapsyen gambarnya yang dimuat naik kira-kira 18 jam lalu.


Bagaimanapun, semakan mendapati remaja berkenaan sudah menukar nama di Instagramnya selepas dia dihujani pelbagai respons yang antaranya menulis “mohon serah diri” dan hashtag #silameninggal.


Sehingga kini, tidak dapat dipastikan sama ada remaja tersebut bertindak sedemikian secara bersendirian atau berkumpulan.

Majlis Perbandaran Ipoh mengatakan siasatan lanjut akan dijalankan sebelum kenyataan penuh berhubung kejadian tersebut dikeluarkan.

31 Disember lalu, sekumpulan remaja terdiri daripada lima lelaki dan tiga wanita bertindak memanjat papan tanda ‘IPOH’ yang kemudiannya menjadi viral di media sosial.

Related Posts