Berdebar Menjelang Pernikahan, Sharnaaz Ahmad Dekatkan Diri Kepada Allah SWT

shares |

Dalam masa dua bulan lebih sahaja lagi, pelakon Sharnaaz Ahmad akan melangkah ke alam rumah tangga bersama kekasihnya Noor Nabila. Meskipun tampak macho dan “steady” daripada luar, Sharnaaz bagaimanapun akui beliau rasa berdebar menjelang hari pernikahannya.


Saya akui saya rasa berdebar. Kadangkala saya rasa sukar untuk tidur dan melelapkan mata. Makin lama makin susah. Apa yang saya risaukan pun, saya sendiri kurang pasti. Selalunya, kalau saya tahu apakah punca yang membuatkan saya rasa resah, saya akan selesaikannya secepat mungkin. Tapi kali ini berbeza kerana saya rasa blur tanpa sebab.

Sharnaaz kini sudah melakukan persiapan untuk bergelar suami dan turut mendekatkan dirinya kepada Allah SWT. Tanggungjawab sebagai seorang suami bukanlah satu perkara yang mudah.


Tarikhnya semakin hampir. Saya sedar yang selepas ini tanggungjawab menjadi semakin besar. Selepas berkahwin, saya harus bekerja lebih kuat untuk isteri dan keluarga. Tidak hanya melakukan persiapan perkahwinan, saya juga mendekatkan diri kepada Allah sebagai persediaan untuk bergelar suami. Saya sendiri tidak menyangka saya akan berkahwin. Rasanya baru semalam saya masuk ke dalam industri ini.

Selepas dua tahun bercinta, Sharnaaz pada 18 Disember 2016 telah mengambil keputusan untuk merisik Noor Nabila.


Tanpa mengikat tali pertunangan, Sharnaaz dan Noor Nabila bakal diijabkabulkan pada 31 Mac ini di kediaman pengantin perempuan yang terletak di Kuala Lumpur.

Sumber

Related Posts